Thursday, December 10, 2009

Harga Yang Tidak Ternilai...

Jangka waktu dan edaran masa yang berlalu membuatkan sesuatu barangan itu semakin berharga...

USAHA mengetengahkan koleksi barangan antik di kediaman sebenarnya perlu berlapikkan cara dan petua. Salah perhitungan dan silap aturan tempat hanya mengundang padah apabila ruang bukan saja tampil sesak dan sendat, bahkan lenyap nilai estetika serta keterampilan gaya penataannya.

Barangan lama itu berunsur klasik, berseni selain memendam sejarah.Disebabkan terlalu banyak hiasan moden kontemporari pada masa kini, hiasan antik makin hari makin dipinggirkan. Namun begitu, sekiranya terdapat terlalu banyak himpunan barangan lama ini akan menyebabkan sesebuah ruang itu nampak menyesak dan merencatkan penampilan ruang.

Walau bagaimanapun, bagi sesetengah orang, barangan antik ini boleh memberikan ketenangan kepada penyimpan atau penggemarnya dan mempunyai pelbagai koleksi daripada berbagai negara termasuklah barangan antik dari Belanda, Sepanyol, Amerika Selatan, Asia Barat, Itali, India dan tempatan yang di kumpul dengan jumlah yang tidak terhitung jumlahnya.

Koleksi barangan antik merangkumi semua cabang hiasan dalaman termasuk lampu, kelengkapan menghidang, arca, ambal, himpunan tembaga, permainan,kuda goyang plastik dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment