Thursday, December 10, 2009

ANTIQUE: ANTIK

Antik dalam bahasa Latin adalah "antiquus" iaitu "lama",juga merupakan item untuk koleksi barangan tua. Barangan antik ini dikumpul atau diingini kerana usia barangan, keadaan, utiliti, atau ciri-ciri unik yang terdapat pada barangan antik itu.

Antik biasanya benda yang menunjukkan beberapa peringkat kepakaran, atau perhatian tertentu untuk merancang seperti meja atau kereta awal. Pengumpul barangan la,a ini akan mendapatkannya dengan membeli di kedai-kedai barangan antik.

Barang antik yang berharga boleh dibeli daripada pengedar dan melalui perkhidmatan lelongan atau dibeli secara online melalui website dan talian lelong barang antik. Pengedar barang Antik terdiri daripada ahli persatuan perdagangan nasional, yang kebanyakannya yang milik sendiri CINOA, iaitu suatu penyertaan seni dan persatuan barang antik yang terdiri daripada 21 buah negara, yang juga mewakili 5000 pengedar.

Sejarah

Setiap muzium sejarah yang lengkap dengan barangan antik, mampu untuk cukup menggambarkan setiap peristiwa-peristiwa sejarah yang pernah berlalu dan memberikan gambaran yang lebih lengkap dalam yang lebih praktikal. Hampir kesemua objek lama boleh menjadi barang antik jika mampu dipelihara dan di jaga dalam jangka masa yang cukup lama. Namun begitu, nilai barang antik di pasaran ditentukan oleh daya tarikan yang ada pada suatu barang itu, di samping penerimaan masyarakat yang seolah-olah mengiktiraf barang lama itu betul atau tidak. Terdapat juga di sesebuah muzium yang mempunyai barang antik yang bersifat tidak kekal, seperti bungkusan, iklan dan poster yang akan di buang begitu sahaja.


Definisi

Definisi barang antik ini mempunyai variasi maksudnya yang tersendiri mengikut sumber, produk dan tahun. Namun, terdapat beberapa definisi yang telah diuji untuk memberikan maksud tentang barangan antik ini, dan ianya adalah seperti berikut:

1. "Suatu item yang sekurang-kurangnya berusia 50 hingga 100 tahun, yang telah dikumpul atau diingini kerana keadaannya, utiliti, atau beberapa ciri unik yang terdapat pada barang lama itu.Di AS, kenderaan bermotor, alat elektrik dan barangan lama lain boleh dianggap barang-barang antik jika usia barang lama itu lebih daripada 25 tahun.
2. "Perabot atau tulisan yang dihasilkan pada masa dahulu dan sangat berharga disebabkan kerana kecantikan yang terdapat pada tulisan atau ukiran pada sesuatu perabut.

Di Amerika Syarikat, pada tahun 1930 “Smoot-Hawley Tariff Act” , yang telah dibentuk telah mentakrifkan barang antik sebagai "karya-karya seni yang terdapat pada koleksi dalam ilustrasi seni,ukiran yang terdapat pada gangsa, marmar,seramik adalah merupakan barangan antik (kecuali karpet dan permadani yang dibuat selepas tahun 1700).


Antiquing

"Antiquing" adalah tindakan belanja, mengenalpasti, rundingan, atau tawar-menawar untuk barang antik. Produk ini boleh dibeli untuk kegunaan peribadi, hadiah, dan dalam kes “broker” dan “dealer”. Penjualan barang antik dilakukan di pasaran gelap atau lelong di pasaran antarabangsa.

Jika diperhatikan bahawa perkataan "antiquing" juga boleh membawa makna seni membina sesebuah objek tampak.

Perabot antik adalah bidang yang sangat popular di kalangan pengumpul barang antik kerana terdapat ciri-ciri yang sangat menarik yang terukir pada barang-barang antik ini. Mebel antik termasuk meja makan, kerusi,dan yang paling umum ialah ukiran yang terdapat pada kayu yang diambil untuk dijadikan perabut. Di China perabot kayu antik yang paling popular adalah kayu “elm”, yang hanya terdapat di beberapa bahagian daerah di negara China. Setiap kayu diukir dengan teliti dengan ukiran yang halus di samping di cat dengan warna yang menarik.

1 comment: